Tuesday, October 19, 2010
DIA
BAB 1
“Min! Dah siap ke susun kuih tu?” mak menyengah melihat aku yang sedang kusyuk mengatur kuih lepat pisang dalam bekas plastik hijau.
“Sikit lagi mak.” Sahut ku sambil tangan masih lincah menyusun.
“Cepat sikit, luar dah mendung tu. Takut hujan nanti.” Nasihat mak. Aku yang tengah mengangkat periuk kukus itu sempat menjengah keluar melalui tingkap kaca di sebelah cabinet dapur. Iyerlah mendung tanda nak hujan.
“Min siapkan ni pastu Min terus pergi mak.” Terang ku. Mak hanya mengangguk dan meninggalkan aku seorang.
“Jalan tu baik-baik Yasmin. Kalau hujan berteduh dulu rumah mak ngah.” Luah mak. Di tangannya selonggok pakaian yang dah kering dikendungnya. Rupanya mak dah kelam kabut mengangkat pakaian yang disidai dibelakang rumah.
“Min pergi mak!” laung ku. Tangan kanan menjinjit plastik yang berisi kuih tersebut.
“Aha! Kirim salam dengan mak ngah dan pak ngan tu.” Jawab mak dan berlalu masuk. Perjalanan kerumah mak ngah hanya mengambil masa sepuluh minit sahaja. Ketika sampai sahaja hujan rintik-rintik mula membasahi bumi. Cepat-cepat aku melaung salam dan memanggil mak ngah. Tetapi orang lain yang menjawab.
“Walaikumsalam. Ehhh! Min. Ingatkan siapa, cepat masuk, nanti basah.” Tersembul wajah jejaki idaman hati ku. Wajah yang ku rindu saban waktu. Wajah yang sering menganggu lena ku. Aku hanya termangu tanpa sempat melangkah. Jejaka ini tidak pernah pula beritahu aku yang dia hendak datang ke sini. Kemana Mak Ngah pergi. Takkan aku nak masuk kalau yang jadi makhluknya hanya aku dan jejaka idaman ini. Buatnya ditangkap oleh orang kampung dengan percuma aku basah bukan kerana hujan tetapi dengan slogan ‘tangkap basah’.
“Min! kenapa ni. Masuk jelah. Jangan takut. Mak ngah tengah solat.” Bagaikan mengerti rentak hati aku, jejaki idaman ini menerangkan dengan wajah penuh harapan.
“Betul ke bang, Mak Ngah tengah solat?” tanya ku minta kepastian.
“Ya Allah! Min ni kan. Pak Ngah pun ada tu. Tengah tidur atas kerusi malasnya. Min ingat abang nak buat apa-apa pada Min ke?” lelaki itu sudah bercekak pinggang depan ku. Wajahnya sengaja di muncungkan tanda geram dengan diri ku.
“Betul ni?” sekali lagi aku bertanya.
“Ishhh! Geram betul tau abang dengan Min. Dah! Masuk! Hujan lebat ni.” Serta merta tubuh ku terdorong bila lengan baju ditarik oleh jejaka tersebut. Kalau nampak Mak Ngah perbuatan jejaka idaman ku ini pasti kena sembur.
“Yasmin! Bila sampai. Tak dengar suara pun.” Dalam aku teragak-agak suara Pak Ngah bergema dari ruang serambi. Baru ada kekuatan untuk mengatur langkah seterusnya. Walau tadi hati melonjak bila melihat jejaki idaman ku ada disini tetapi timbang tara harus juga ku patuhi.
“Baru sampai Pak Ngah. Ingat tiada orang sebab tu takut nak masuk.” Terang ku panjang lebar. Jelingan dari wajah jejaka idaman ku sempat ku tangkap. Marah lah tu.
“Pak Ngah terlelap tadi. Mak Ngah pula tengah solat.” Pak Ngah pula mengatur bicara.
“Abang bila sampai.” Dalam rasa malu aku bertanya. Lelaki ini kalau aku tidak menunjukkan rasa ambil berat padanya mesti rajuknya tiba.
“Abang baru sampai setengah jam lepas. Min bawa apa ni?” lelaki itu terus bertanya tanpa sempat aku menjawap apa-apa.
“Mak suruh hantar lepat pisang.” Aku mengambil kembali bekas yang berisi tadi dan terus ke ruang dapur. Tak sanggup aku berlama-lama mencuri pandang wajahnya yang redup itu.
“Yasmin! Senduk nasi sekali. Ajak Zamrie makan, mak ngah dan pak ngah pun belum makan lagi ni.” Luah Pak Ngah dari atas serambi. Aku hanya mengangguk dan abang Zamri masih membontoi ku ke dapur.
“Ingatkan Min dah tak nak tanya bila abang sampai tadi.” Bisiknya perlahan. Mungkin takut kalau-kalau pak ngah terdengar nanti.
“Min dah faham perangai abang, kalau Min tak tanya mesti abang merajuk.” Ujar ku geram. Bagai anak kecil perangainya. Tahulah anak bongsu. Yatim Piatu pula. Jadi Abang Zamrie amat dimanjakan oleh kakak dan abangnya sahaja. Itu belum lagi Mak Ngah dan Pak Ngah lagi.
“Mestilah, dahlah sebulan atau dua bulan baru abang dapat balik. Sampai sini tak ada siapa yang perduli mestilah sedih.” Tanpa malu abang Zamrie meluahkan rasa hatinya. Mangkuk di dalam kabinet ku ambil lantas menyenduk kuah masak gulai ikan parang. Belimbing yang comel-comel tenggelam timbul didalamnya. Mesti sedap. Dua ekor ikan cencaru goreng ku letak dalam piring leper. Sayur kobis bercampur lobak merah ku senduk sekali. Lincah aku mengatur keatas meja makan berkerusi enam itu. Bekas air basuhan tangan yang memang ada diatas meja itu ku penuhi. Pinggan tersusun menanti.
“Abang pergilah duduk depan. Min nak buat kerjalah.” Arah ku bersama rasa geram. Tak selesa
“Tak boleh ke abang duduk sini?” setiap kemana langkah ku matanya pasti akan mengikuti. Kerusi yang berdekatan dengan ku sudah dipenuhi dengan tubuhnya.
“Min nak buat kerjalah. Lebih baik abang pergi panggil Pak Ngah dan Mak Ngah tu.” Pujuk ku. Rasa geram juga tetapi cepat ku sorok. Tidak mahu lelaki ini terasa hati walau aku tidak betah berada dalam keadaan begini.
“Abang rindu dengan Min tau.” Perlahan dan romantik sekali. Aku sempat mendengar bicaranya yang hampir tidak kedengaran. Ku pandang wajahnya dan senyuman mekar diukir di bibirnya yang teratur dengan kumis yang jarang. Janggut yang teratur dibentuk dan bersambung dengan hujung kumisnya menjadikan wajahnya sungguh kacak. Dengan diri yang mempunyai tali pinggang hitam dalam taekwando apatah tubuhnya yang tinggi lampai dan bahu yang bidang mengangkat namanya sebagai jejaka rebutan di kampung kami. Mungkin juga kerana kelebihan itulah lelaki itu terpilih untuk memegang jawatan Chef Manager di sebuah hotel terkemuka di bandar Melaka selain sijilnya lebih tinggi dari ku. Dulu jejaka idaman ku ini tinggal sekampung dengan ku tetapi jarak kampung dan tempat kerjanya membataskan lelaki ini hendak berulang alik dan akhirnya lelaki ini mengambil keputusan untuk duduk menyewa di Bandar Melaka. Hanya sesekali lelaki ini akan pulang ke sini selama dua atau tiga hari. Kerana itulah rindu sering mengepung pada setiap pertemuaan kami.
“Min! Wajah abang handsome kan.” sengaja aku diusiknya. Pipi aku terasa panas dan aku terus menyapu pandangan kearah berlainan.
“Perasan!” sempat aku menidakkan lidah walau hati mengiakan.
“Habis tu kalau tidak handsome kenapa pandang abang bagaikan nak peluk abang.”usiknya sekali lagi. Wajah ku yang baru hendak suam itu kembali membahang.
“Min rasakan Pak Ngah panggil abang. Dengar tak?” luah ku untuk menutup kegetaran hati ini.
“Min dah bertambah nakalkan.” Abang Zamrie bangun dari kerusinya dan serta merta Mak Ngah menyelamatkan keadaan. Jadi terbantutlah langkah lelaki tersebut.
“Min! Bila sampai ni. Mak Ngah tak dengar pun.” Suara Mak Ngah memecah suasana yang romantik tadi.
“Dah lama juga. Masa Mak Ngah solat tadi. Min nak balik tetapi hujan turun pulak. Pastu Pak Ngah suruh Min senduk nasi sekali.” Aku menerangkan satu persatu. Aku tidak mahu Mak Ngah mempunyai tanggapan yang tak baik pada diri ini. Apatah lagi aku anak gadis yang terdidik dengan batas-batas adat timuran.
“Kenapa nak balik cepat-cepat. Selalunya petang baru Min balik kan. Ni abang Zamrie pun baru sampai, ajak makan sekali.” Arah Mak Ngah. Sempat ku pandang wajah lelaki itu dan matanya sempat mengenyet pada ku. Gatal!
Kami mengambil tempat masing-masing. Pak Ngah disebelah Mak Ngah dan aku di sisi abang Zamri. Bagaikan sebuah keluarga yang lengkap. Senduk ku capai lantas nasi ku penuhkan dalam empat pinggan putih berbunga ros. Pak Ngah dan Mak Ngah hanya memerhati tingkah ku. Dah terbiasa dengan keadan ini apatah lagi kedua pasangan ini tidak mempunyai anak. Hanya kasih sayang dari anak-anak saudara yang membuat pasangan ini mengecapi kebahagian di dunia ini.
“Cuti sampai bila Zamrie?” tanya Pak Ngah sambil mengambil sudu kuah. Berselera sungguh Pak Ngah bila masakan kegemaran disajikan.
“Sampai hari Selasa Pak Ngah.” Jawab abang Zamrie sambil tekun menyamah nasi putihnya. Sengaja lelaki itu menunggu gilirannya dan terpaksa aku mengangkat mangkuk berisi kuah itu supaya dekat dengannya. Bibirnya terus tersenyum mendapat layanan dari ku. Pandangan ku sempat singgah di wajah Mak Ngah. Tiada riak di wajah itu. Bagaikan Mak Ngah tidak kisah dengan tingkah abang Zamrie. Aku hanya termalu. Terlebih perasaan agaknya aku ini. Iyalah bagi diri mereka tiada hubungan istimewa antara kami jadi tidak perlulah hendak menyampuk atau mengusik kami.
“Macam mana dengan kerja sekarang ini?” sekali lagi Pak Ngah memecahkan kesunyian. Aku memasang telinga mendengar.
“
Sibuk sikit Pak Ngah. Tahun ni macam-macam aktiviti yang dianjurkan Datuk Ali Rustam sempena Tahun Melawat Malaysia. Kadang kala tak sempat nak cuti sebab banyak pelancong asing yang singgah di hotel kami.” Ceria abang Zamrie menerangkan aktivitinya yang terlalu sibuk itu. Patutlah jarang sekali lelaki ini menelefon aku seperti kebiasaannya. Aku pula jenis yang tidak kisah. Kalau ada, adalah. Kalau tiada, tiadalah.
“Habis, hari ini sempat pulak bercuti.” Sampuk Mak Ngah yang sedang mencubit ikan cencaru goring. Aku masih diam membisu. Tak ada niat nak menyampuk. Selalunya aku yang becok bercerita tetapi dengan kehadiran jejaka idaman ku ini menjadikan lidah ku lemah segalanya.
“Dah terlampau penat Mak Ngah. Tiap-tiap malam balik kul 11.00 malam dan kadang kala tidur kat tempat kerja. Takut tak sempat nanti. Ini pun Zam beritahu dengan bos yang Zam nak jengah orang tua, barulah bos bagi. Bayangkan dah dua bulan tak cuti.” Terang abang Zamrie sambil melirik pandangan matanya pada ku.
“Tak tambah nasi ke Yasmin?” Tanya Pak Ngah membuat aku tersentak. Entah bila nasi di dalam pinggan ku habis. Itulah asyik mengelamun saja.
“Selalunya dia yang becok bercakap. Hari ni senyap je.” Usik Mak Ngah pula.
“Takde apa-apalah Mak Ngah. Tadi Min dah makan kuih kat rumah. Tu yang kenyang lagi.” Luah ku gagap.
“Rajin mak unggal kau ni buat kuih. Taip-tiap petang ada saja yang dihantar si Min ni Zam.” Mak Ngah macam sengaja menaikkan saham mak pula.
“Mak Unggal memang macam itu Mak Ngah. Harap-harap anak dia ni macam emak dial ah nanti bila dah kahwin nanti.” Abang Zamrie memandang ku sambil tersenyum. Mungkin ada yang dibicarakan dalam fikirannya.
“Min nak baliklah Mak Ngah. Hujan pun dah teduh ni. Takut mak risau pula.” Helah ku untuk menghindari dari lebih lama bersama jejaka idaman ku ini.
“Nantilah Min, tunggu hujan betul-betul teduh.” Pujuk Mak Ngah.
“Takpelah Mak Ngah. Min pun ada kerja nak buat ni.” Sekali lagi aku mencipta alasan.
“Iyalah, nanti jangan lupa bawa balik kuah gulai ikan parang ni.” Usul Mak Ngah. Abang Zamrie memandang ku bagaikan tidak puas hati. Biarlah. Aku tak rasa hendak berada di rumah Mak Ngah dengan masa yang lama. Takut jiran tetangga membuka mata walaupun antara aku dan abang Zamrie mempunyai pertalian saudara di sebelah abah. Arwah mak abang Zamrie dan abah adalah dua pupu. Jadi jika hendak berkahwin pun tiada masalah.
Pinggan kotor segera ku angkat ke singki. Pantas aku membasuh dan mengemas meja makan. Pak Ngah dan Mak Ngah sudah lama hilang ke depan ruang tamu. Sementara abang Zamrie berlalu meninggalkan kami untuk mengerjakan solat Asar.
“Min, esok kita keluar nak tak?” belum sempat aku menyarung selipar abang Zamrie muncul di muka pintu.
“Keluar! Kemana?” Tanya ku minta kepastian.
“Tanjung Bidara.” Abang Zamrie memandang ku mohon persetujuan.
“Abang tanya mak dululah.” Jawab ku terus.
“Iyerlah, esok abang pergi rumah Min.” akur abang Zamrie.
“Tapi jangan harap sangat Min dapat keluar ek!” jujur aku berkata.
“Min! Jangan gada-gada tau!” abang Zamrie memberi amaran.
“Min balik dulu. Asalamualaikum.” Pantas aku memberi salam sebelum sempat abang Zamrie berhujah lagi. Langkah ku hayun dan meninggalkan abang Zamrie terpinga-pinga. Senyum terukir dengan kenakalan sendiri. Awan berarak bagaikan menyanyi mendengar gurindam lagu dalam jiwa ini.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment