Thursday, October 21, 2010

DIA Bab 3

BAB 3

Aku hanya bermalasan di atas katil. Selesai semua kerja rumah, aku mengambil majalah Wanita untuk menghilangkan kebosanan. Mak dan abah sejak pagi tadi dah ke Masjid Tanah. Katanya nak membeli langsir untuk hari raya yang akan hadir lagi tiga bulan. Mak memang begitu, suka membuat persediaan dari awal. Aku pula sejak kilang di tempat kerja ku di tutup hampir dua bulan aku menjadi penganggur terhormat. Ramai kawan-kawan rapat ku dah berhijrah ke kilang lain. Aku pula rasa-rasanya lepas raya baru tergerak hati nak cari kerja baru. Iyalah kalau di tempat baru mesti cuti susah nak ambil memandangkan aku baru berkerja. Untuk perbelanjaan hari raya aku rasa cukup duit dalam simpanan. Memang aku dah asingkan simpanan untuk perbelanjaan tahunan dan simpanan untuk diri sendiri. Dah terbiasa dari didikan mak. Telefon di sisi katil berbunyi nyaring minta di angkat. Dengan langkah malas tangan ku mencapai telefon berjenama Sony Erricson. Klip dibuka dan butang hijau ku tekan setelah melihat nama pemanggil yang telah ku setkan.

“Hello, rumah sakit jiwa disini.” Sengaja aku mengusik. Serta merta senyuman terukir.

“Hello nyonya, banyaklah kau punya rumah sakit jiwa. Aku lah ni.” Suara Ah Fai teman sekerja ku berkumandang. Setelah kilang ditutup Ah Fai yang sekampung dengan ku telah selamat berkerja dengan papanya di Penang. Bapanya telah lama membuka syarikat hartanah di sana dan memang Ah Fai tidak boleh kemana-mana dan papanya mengunakan alasan tersebut untuk Ah Fai menolongnya.

“Aku tahulah kau. Apa khabar kau sekarang? Sejak jadi bos ni dah sombong dengan akukan.” Usik ku.

“Mana ada nyonya oiii! Aku sibuklah. Banyak kerja. Itulah aku suruh kau dengan Kelly datang tolong aku, kau berdua tak nak.” Bentak Ah Fai di hujung talian.

“Bukan tak nak lah Fai. Aku bukannya pandai sangat. Kat kilang kita dulu aku dan
Kelly kerja sebagai kerani cabuk je.”terang ku. Sudah berkali-kali Ah Fai memperlawa aku dan Kelly kekasih hatinya supaya datang ke Penang berkerja dengannya tetapi apakan daya belum sampai seru. Apatah lagi hati berat untuk meninggalkan mak dan abah di kampung ini. Adik-beradik yang lain semuanya dah berkerja di bandar dan ada yang mengikuti suami mereka. Itu yang Ah Fai bengang dengan ku dan Kelly. Bagi Kelly pula dia tidak mahu nanti bila berjauhan dengan keluarga dirinya akan lupa diri. Memang zaman sekarang bagi kaum mereka tinggal bersama tidak menjadi kesalahan. Tetapi tidak pada Kelly kerana amoi ini memang mementingkan patang larang moyang mereka. Bagi aku baguslah begitu dan menurut Kelly jika aku pergi berkerja di Penang barulah dia berani menerima perlawaan kekasih hatinya.

“Alah, kau dengan Kelly kan ada sijil. Sama dengan aku. Cuma masa tu kita susah nak cari kerja pastu kita bantai je kerja kat kilang Samsung tu.” Asak Ah Fai lagi.

Memang lelaki ini tidak pelat untuk berceramah kerana dah lahir sebagai anak Melaka maka sekali gus bahasa ibunda jarang di pakai di kampung ini.

“Susahlah Fai. Mak dan bapak aku tinggallah. Siapa nak jaga dia orang kalau aku ikut kau ke Penang.” Keluh ku lemah. Siapa yang tidak mahu melihat negeri orang. Tetapi memandangkan kedua ibu bapa ku memerlukan perhatian dari ku biarlah aku berkorban. Apatah lagi mak dan abah tidak membantah aku berehat seketika. Bagi mereka lagi suka bila melihat aku berada depan mata.

“Kau suruhlah adik beradik kau yang lain jaga. Kan senang.” Pujuk Ah Fai.

“Tak bolehlah Fai. Itu mak bapak aku yang jaga aku sejak dari lahir lagi. Habis bila dah tua takkan aku nak tinggalkan mereka camtu je. Cuba kau bayangkan kalau masa kecil mak bapak aku tinggalkan aku mesti aku tak jadi camni kan.”ujar ku geram. Rasa nak tekek-tekek kepala si Ah Fai ni. Tak faham bahasa langsung.

“Iyalah, tapi kalau kau rasa nak kerja, mesti kerja dengan aku tau. Kalau kau kerja dengan orang lain aku bakar opis baru kau tu.”Ugut Ah Fai. Mamat ni kalau tak bergaduh dengan aku memang tak sah.

“Kau ni teruklah Fai. Okeylah nanti bila aku nak kerja, aku tanya dengan keluarga aku dulu pasal kerja dengan kau. Aku nak letak telefon ni. Mak dan abah aku dah balik tu.” telinga ku terdengar enjin kereta abah masuk ke perkarangan rumah.

“Okeylah, tolong bagi tau dengan Kelly telefon aku nanti.” Pinta Ah Fai sebelum aku meletakkan telefon.

“Kau telefonlah dia. Aku tak nak campur. Awek sendiri pun aku nak tolong.”ejek ku. Aku tahu yang Ah Fai memang takut dengan Uncel Wong walaupun bapa Kelly baik orangnya.

“Dahlah! tak nak tolong sudah!. Bye!” telefon diputuskan. Merajuklah tu apek cina tu. Lantaklah kau Fai, yang penting aku dah ikut cakap Kelly yang menyuruh Ah Fai sendiri mencarinya. Gentelman sikitlah apek oii!.

“Mak! Abah!, banyak beli barang ni.” Sengaja aku mengusik kedua orang tua ku. Terzahir di wajah mereka rasa kepenatan. Nasib baik aku sudah menyediakan air sirap sejuk sejak dari tadi. Sengaja aku masukkan ke dalam peti sejuk. Senang mereka hendak menjamahnya. Tak perlu nak ambil masa yang lama.

“Mak kau ni. Pantang ternampak. Kalau kedai tu boleh dibeli, dengan kedai-kedai dia bawa balik.

“Abang ni! Tadi siapa yang nak beli itu ini. Bukan ke awak?” jawab mak geram. Ketawa ku pecah bila melihat abah dan mak sudah memulakan peperangan nuklearnya.

“Ehhh…kita pulak.” Usik abah sambil menarik kerusi lantas melabuhkan tubuh gempalnya.

“Minum mak! Abah!” pelawa ku sambil menuang air sirap berwarna merah itu. Ketul-ketul air berlari mengikuti alur muncung jug itu.

“Nasib baik anak abah ni pandai sejukkan hati abah.” Sekali lagi abah mengusik.

“Kalau tidak?” sampuk mak geram. Iyalah penat dari membeli belah belum habis sampai rumah diusik abah pula. Mana wanita kesayangan ku ini tidak berangin semacam. Kalau aku pun mesti bengang giler.

“Kalau tidak terpaksalah abang pergi bersiram untuk menyejukkan hawa panas yang sedang membahang ini.” Abah memang nakal dan selalu mengusik mak. Hubungan yang terlalu utuh menjadi aku kaya dengan kasih sayang mereka. Mereka tidak pernah menyorok kemesraan antara satu sama lain.

“Abang ni kan!” bentak mak. Abah hanya tergelak dan meninggalkan kami setelah gelasnya kosong. Aku hanya tersenyum memerhatikan mak yang sedang mengeluarkan barang-barang dari plastik kuning itu. Banyak jugalah. Langsir yang berwarna ungu lembut berbunga merah menarik minat ku. Cantik sekali. Pandai mak memilihnya. Kena dengan cita rasa aku juga.

“Semalam kenapa Min balik lambat?” tanya mak sambil memandang ku. Perasaan ku tiba-tiba tidak enak bila mak bertanya demikian. Tidak pernah mak bertanya sedemikan. Selalu kebenaran diberikan dan tidak dipertikaikan. Hanya abah akan berkias lanjut untuk aku mengakui kesalahan andai ada yang tersilap. Malam tadi juga aku sudah meminta maaf dengan mak dan abah tentang kelewatani ini. Mungkin juga mak masih tidak berpuashati dengan alasan ku berikan atau mak tidak mahu aku terlajak dan leka dengan cinta duniawi.

“Min..Min...ermmm…kami makan kat Port Diskson sebab tulah lewat sikit sampai rumah.” Akur ku takut-takut.

“Kat Melaka ni dah tak cukup tempat makan ke? Sampai kesana pula.” Dalam lembut mak menyindir ku. Hati semakin tidak enak.

“Abang Zamrie yang ajak mak. Dia kata kat sana ada tempat makan yang sedap. Memang betul cakapnya. Puas Min makan.” Aku cuba menceriakan keadaan. Wajah mak masih sedap ditatap walau kata-katanya bagi ada yang tersirat.

“Mak tak suka galak sangat Min keluar dengan Zamrie. Nanti banyak sangat yang bercakap-cakap. Mak tak suka.” Luahan mak membuat aku terkedu. Apa maksud mak sebenarnya? Selama ini tidak pernah hal ni dibangkitkan. Apatah lagi aku yang jarang keluar dengan Abang Zamrie. Jika jejaka itu bercuti barulah aku ada kesempatan untuk berjumpa dengannya.

“Bukan selalu Min keluar dengan abang Zamrie mak!” luah ku pilu.

“Memanglah. Jangan diamalkan.” Kata putus dari mak semakin menjerut tangkai hati ini.

“Dan lagi satu kalau Zamrie ada di rumah Mak Ngah, Min jangan kesana.” Satu perintah
yang janggal ku rasa. Benarkan ia keluar dari bibir mak. Apakah sebenarnya yang berlaku.? Mak terus berlalu dan aku terkesan kehadiran abah di muka pintu.. Dengan segera aku melarikan diri ke dalam bilik. Entah kenapa sedih hati ini bila mak berkata demikian. Adakah yang tersirat yang mana aku tidak mengetahui. Mengapa mak berubah?

No comments:

Post a Comment